Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Your Facebook
: Your Twitter
: Your Instagram
: Your Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
KISAH TRAGIS MENYAYAT HATI MENUSUK KALBU.
Tuesday, May 13, 2014 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum!

Alkisah bermula....................

Mei 1995.

Pada 13 Mei 1995, 19 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri dalam sebuah keluarga bahagia, mereka memberi nama NURUL ZAYANAH BINTI YAHYA.

18 tahun kemudian....... (2013)

Saya mula perasan kewujudan dia di UiTM Seri Iskandar, Perak, LIBK untuk bakal-bakal komander. Tu pun dia yang tegur saya dulu,
 "ehh aku macam kenai la hang ni, dulu hang sekolah mana?"
"aku sekolah menengah kebangsaan agama sik dulu, awat?"
"patut la, sekolah dekat sik, aku orang sik, dulu sekolah rendah sik, muka hang macam familiar la."
"ooo org sik, aku dulu pernah KAFA(mengaji petang) kat sekolah sik, masa darjah 3 sampai darjah 5, ala, budak sekolah cina tu,"
"ooo hang ka, patut la familiar, mmg aku kenai la, tapi tak pernah sembang ja, duk tgk dari jauh sebab hang ja satu-satunya budak sekolah cina pi ngaji petang kat situ."
"ha, betoi, hihi."
"lagi satu, hang penah pi tuisyen BI kat shadani kan? masa tu hang masuk dah lambat, selalu pakai skirt blablabla...."
"ha aku la tu, hehe, tak sangka boleh jumpa kat sini." (dalam hati, tak sangka ramai jugak kenai aku masa sekolah rendah dulu)

Dipendekkan cerita,

 Sembang punya sembang sampai kena marah semua ada, jadi semakin akrab, bila dah jadi komander, semua event join, semakin dan semakin akrab, otak sekepala gila-gila, perangai tak senonoh semua ada, muka taktau malu pun ada jugak sikit, dan sampai sekarang (13 Mei 2014) bertambah akrab sampai ada yang panggil kembar.

Hari ini, tanggal 13 Mei 2014, seorang puteri pakcik Yahya sudah membesar, menjadi anak yang solehah, adik dan kakak yang bertanggungjawab, yang sedang belajar menjadi matang dalam kehidupannya, yang sedang merangkak mencari ilmu di dunia Allah yang luas ini, juga sedang belajar tentang erti persahabatan. 

Saya takmau beletiaq panjang dah kat dia, sebab rasa dah banyak beletiaq dah kat wechat, instagram, whatsapp, twitter semua ada, kat fesbuk ja dak lagi, sebab nak post sekali dengan blog ni. Kami pernah janji takmau jadi kawan baik, sebab takut diakhir nanti kami bergaduh, bermusuh, dia kawan yang memahami, cuma kadang-kadang tu mesti la ada salah faham kan, manusia tak pernah sempurna, tak lari dari kesilapan, fikiran masih belum cukup matang, tapi, terus terang saya cakap, saya harap sangat persahabatan kami sampai ke syurga, saya sangat susah nak ada kawan baik sebab tak semua boleh memahami saya, yang agak angin, pemarah, tak penyabar dll. Tapi, takdir Allah tak mampu kami elak, kami tetap berkawan rapat, sampai ada yang kata kembar, tak boleh berpisah, belangkas, semua ada. Yang paling lawak ada pulak yang tanya, macam mana suau hari nanti ditakdirkan hampa dua jadi madu? Mau pening kepala si suami nak melayan kerenah kami, dua-dua suka naik angin, mulut pot-pet, suka hingaq, ha jenoh, tak mungkin. HAHA! Mintak dijauhi, saya sangat tak suka bermadu, huhu.

Zai, again and again, HAPPY BORNDAY, May Allah ease you and always bless you, everytime and every second. Belajar menundukkan ego, belajar menghormati orang lain, jadilah hamba yang sentiasa tunduk akan perintah sang Pencipta, jadilah anak yang menjaga hati kedua orang tuanya, jadilah sahabat yang mengajak kepada kebaikan, belajar sampai sem 5 bagi kita grade sama-sama. Jangan sia-siakan satu sem, faham?! Kalau saya tak masuk komander, memang saya takkan jumpa dia balik, memang saya takkan kenal dia, terima kasih Allah, berikan hambaMu sahabat sepertinya. Moga persahabatan kami terpelihara dan mendapat keredhaanMu. Yang lain tu biaq saya doa dalam hati ja, HAHA!

Zai, selama kita kawan ni, tipu la kalau aku takda sakitkan hati hang, kan? Jujur ja, mesti ada, so kat sini aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, hujung tudung sampai hujung kasut, hati ke hati, mata ke mata, mulut ke mulut, I'M SORRY! haha, dah macam hari raya dah, takpa, nak minta maaf tak kena tunggu raya kan, hehe.

Masuk sem 3 ni, dengan azam, niat dan perubahan yang baru, semoga kita sama-sama berjaya, okay? okay habis dah, huh, lenguh tangan menaip, boleh jadi typewritter dah ni. Okay rasa post kali ni macam kurang best, sebab kering idea, hehe, btw again HAPPY BORNDAY sayang ZAYANAH !! hehe, nak hadiah? tunggu la sem 3 !! muahaha







sebenarnya tajuk tu takda kaitan pun, saja ja ^^

okay, done! for birthday girl. HAHA! okay, keep smiling, and be yourself :) XOXO!

Happy Mother's Day
Saturday, May 10, 2014 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.

Dah masuk bulan Mei, So banyak la hari-hari special, Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapa, hari lahir kakak, hari lahir kawan-kawan, hee, okay first of all post ni sebenarnya khas untuk Hari Ibu, sebab saya yakin semua orang pasti sayang kat ibu masing-masing kan.

Saya nak cerita pasal ibunda saya.

Saya ada mama, saya sayang mama saya, sayang saya dekat mama tak terungkap dengan kata-kata, 9 tahun lepas, sejak abah meninggal, dia lah abah dia lah mama, dia lah segala-galanya, dia lah yang membesarkan anak dara empat orang dengan tulang empat keratnya. Tanpa lelaki, kami tetap sebuah keluarga yang bahagia, walaupun anak-anak dia tak sehebat orang lain, tapi anak dia tak gagal dalam kehidupan, manusia tak pernah gagal, cuma belum berjaya. Kami tak semewah orang lain, kami tak dibesarkan dengan duit, tapi kami dibesarkan dengan ilmu dan kasih sayang. Itu dah memadai. Mama, berhenti menangis, kami sayangkan mama. Sangat sayangkan mama, tak terucap. Sebulan mama ke Mekah buat kami empat beradik tak keruan, asyik rindukan mama, selalu tanya kenapa mama dah lama tak call Malaysia? Mama sihat tak kat sana? Mama tak rindu kami ka? Sedangkan mama di sana setiap hari doakan kami. Sebulan tu dah cukup membuktikan yang buat masa sekarang kami masih belum boleh hidup tanpa mama. Kami masih perlukan mama.

 Ma, kalau mama boleh baca blog ni, tikah nak cakap yang tikah bukan anak yang terbaik, tapi tikah tetap cuba nak membanggakan mama, tikah tak pandai macam orang lain, tapi tikah tetap usaha nak jadi pandai macam orang lain, tikah nak mama bangga dengan anak bongsu mama. Tikah dah 19 tahun, tikah dah faham erti susahnya nak cari duit nak bela satu keluarga, tikah cuba berjimat dengan duit PTPTN yang ada, ni saja pengorbanan yang tikah mampu, tikah dah takmau susahkan mama, tikah nak belajar berdikari. Tikah nak kerja elok, bagi mama bangga. Pengorbanan mama tak terbalas, tikah masih tak mampu nak balas segala-galanya, Allah yang akan balas semuanya, mama. Mama tak perlu tolong banyak sekarang, doa mama dah cukup untuk tikah sekarang, tikah yakin, selain usaha dan doa tikah sendiri, doa daripada mama yang membolehkan tikah berjaya masuk universiti. Doa seorang ibu sangat mustajab. Kalau tikah berjaya jadi seorang anak yang solehah dan berjaya, itu semua atas doa mama. Kalau tikah gagal, itu salah tikah, mama dah doa yang terbaik untuk tikah, tapi tikah yang tak menghargai. Mama cakaplah apapun, tikah terima, tu memang keburukan tikah, setiap manusia tak pernah sempurna, anak-anak mama tak sempurna, ada kelebihan ada kekurangan. Tapi, satu hal, kami tak pernah lupakan mama, kami sentiasa sayangkan mama, cuma komitmen kami yang membataskan segala hal. Terima kasih, mama.

"Dan apabila saat mata IBUmu tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, 
DOA SEORANG IBU..."

to Puan Norsakilia Binti Shamsudin, you are my single mother, you are my true superstar, I love you with all my heart! I love you forever!

Hargai ibu anda, bukan setahun sekali, tetapi setiap hari.

 Doakan ibu, bukan setiap selepas solat, tapi setiap saat.


Mama, redhamu, redha Allah, murkamu, murka Allah.

                                                               Who should I give my love to?                                                            

  My respect and my honor to

Who should I pay good mind to?

After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah


   For my mother.

Sekian, sampai disini saja luahan hati saya :) keep smiling and be yourself. XOXO!
                                                                                                                 

Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC)
Wednesday, May 7, 2014 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum, Salam 1 Komander, Salam 1 Malaysia.

Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC). 26 April 2014 - 29 April 2014. UiTM Kedah jadi tuan rumah, so saya sebagai salah seorang komander kat UiTM Kedah ni kena la membantu buat preparation.


Saya urusetia exco multimedia, tapi semua exco saya tolong *bajet rajin, tapi betul la, exco makanan, exco logistik, exco penginapan, exco kebajikan semua saya tolong, wakaka, saya ni tak la rajin sangat, tapi daripada duk saja melengung kat bilik gerakan baik tolong yang lain kan, hehe, paling best tolong exco penginapan dengan logistik, yang penginapan tu sebab boleh angkat bantal, naik lori, macam-macam lah, yang logistik pulak tolong basuh khemah, dan buat pintu gerbang, hee. Saya ni budak baru belajar, sebabtu saya nak kutip pengalaman, kerja saya pun, bila ketua saya suruh, saya buat la, hehe. Best sangat jadi tuan rumah, penat tu hilang bila event dah habis, banyak pengalaman saya kutip waktu ni, seluruh Komander UiTM datang, tak sia-sia saya join, terima kasih sebab pilih saya jadi urusetia. Dah seminggu berlalu, rasa rindu kkec masih ada lagi dalam hati, kat sana banyak kenal orang, belajar masuk meeting, rapat dengan senior, naik bot sampai dua jam lebih, banyak kenangan tercipta. Yang paling saya gembira, UiTM Kedah jadi johan keseluruhan KKEC 2014. Tahniah kepada semua peserta. Lepas ni maybe dah tak jadi tuan rumah, so rasanya ni first and last kutip pengalaman di tempat sendiri, lepas ni kutip kat tempat orang pulak, kalau diizinkan la. In Shaa Allah.

Saya taktahu nak tulis apa sangat pasal KKEC ni sebab kalau nak cerita A to Z memang sampai esok pun taip tak habis. So saya ringkaskan ja, saya ambil balik kata-kata tuan saya, Tuan Rafiq, dia pernah cakap, pengalaman ni tak boleh beli, tak boleh jual, kena cari, kena timba pengalaman tu, pengalaman lah ajar kita untuk jadi lebih baik, pengalaman buat benda salah mengajar kita untuk perbetulkannya, so kalau nak pengalaman banyak-banyak, buat la salah banyak-banyak. Haha! Lawak ja. Saya pun nak pengalaman, sebab tu saya tak kisah nak join aktiviti apa pun.


TAHNIAH! JOHAN KESELURUHAN KKEC 2014


Terima kasih semua, jumpa lagi !


Okay, stop here. Miss KKEC, miss MPKK, miss all of the memories there. Be yorself, keep smiling. XOXO!

I MISS HIM :')
Assalamualaikum,

 hai, lama tak update kan, haha, bukan apa, mood menulis baru bertandang, haha. Pejam celik dah masuk bulan lima kan, sat ja masa berlalu, sebenarnya banyak benda sangat saya nak kongsi, okay first of all, saya nak kongsi pasal satu benda yang saya takkan lupa seumur hidup saya.

I MISS HIM.

Tajuk macam saya rindukan seseorang kan, yes, exactly, I do miss somebody.

Kisah bermula pada 20 April 2005. 9 tahun yang lepas, ketika saya berusia 10 tahun, tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan (cina) Chung Hwa, Sik. Lebih kurang jam 10 pagi, kawan abah ambil saya kat sekolah, saya dengan blur nya ikut ja, masa tu dah seminggu abah masuk hospital, saya cuma syak abah kena hantar ke hospital Alor Setar, thats why kawan abah mai ambil saya, sebab mungkin balik satgi takda orang ambil. Sampai ja kat hospital, kawan kakak saya pulak mai jemput saya, dalam hati saya kata 'tikah tau mana wad abah, setiap petang tikah mai sini, kenapa nak excort tikah pulak harini?' tapi cuma dalam hati jelah. Haha! Then sampai ja kat wad abah, saya nampak ramai sangat orang, benda pertama saya nampak, kat hujung wad, ada mama dengan kakak sulung saya menangis teresak esak, saya tak faham lagi kenapa,tapi hati dah mula cuak. Sampai ja kat katil abah, saya dah faham, kenapa saya balik awal, kenapa saya diexcort masuk wad, kenapa mama dengan kakak menangis kat hujung wad, masa tu saya tak nampak apa dah, saya cuma nampak kakak kedua saya, saya terus peluk dia, seerat yang boleh, saya menangis, kakak bisik kat telinga saya, ,abah dah takda tikah.' kakak bagi saya surah Yasin, baca, tenangkan hati. Lepas tu saya balik rumah tukar baju, pakai baju kurung, bila saya balik semula ke hospital, jenazah akan dimandikan, semua  dah makin ramai, selesai mandikan, saya naik van jenazah ke Masjid Kampung Raja, Sungai Petani, untuk pengebumian. Saya sebak sangat dalam van, tak henti henti menangis sambil baca Yasin, sampai ja masjid, orang dah penuh, saudara dari merata semua dah datang, saya tak ingat apa waktu tu, lepas solat jenazah, buat kali terakhir saya cium arwah. Waktu tu memang saya nak menangis, bila tengok muka suci arwah, saya tahan, saya cium arwah buat kali terakhir. Budak umur 10 tahun dah kehilangan abahnya. Budak ni sangat manja dengan abah dia, dia memang takleh berpisah dengan abah dia, sampai kakak-kakak dia panggil budak ni ekoq abah, pi mana ada abah ada la budak kecik ni.

Abah, tikah rindu abah, budak kecik ni rindu sangat kat abah, dah 9 tahun abah tinggal kami empat beradik, abah tinggal mama. Mama setia dengan abah, dia jaga kami dengan tangan kaki dia sendiri, dia sangat kuat, dia mampu jadi abah dan mama untuk anak-anak dia. Betul, perancangan Allah lagi sempurna, walaupun abah tinggal kami, mama tetap mampu jaga kami. Kalau abah boleh nampak, mama dah pi buat haji tahun lepas, dulu mama nak pi dengan abah, tapi tak sempat, mama pi seorang ja, anak-anak abah pun dah besaq. Kak chaq dah kahwin, dah ada seorang anak lelaki, Kak Anur pun dah kahwin, ada dua anak, nak masuk tiga dah, Kak Uni pun dah grade degree, dah kerja, tunggu masa ja nak kahwin, tikah pulak dah masuk U, dah habis belajar kat sekolah agama. Hujung tahun depan, kalau diizinkan, tikah habis diploma, lepastu tikah sambung degree. Anak-anak abah takla sehebat anak orang lain, tapi tetap cuba jadi hebat untuk mama. Tikah dah tak manja, tikah dah boleh pi mana-mana naik bas, sekarang dah ada lesen kereta moto, tikah tak manja dah. Tikah dah boleh berdikari, takmau susahkan mama, Semua anak abah rindukan abah. Semua anak abah sayang sangat kat abah.

Nasihat saya, yang masih ada abah ayah bapak papa daddy semua tu, hargai mereka selagi mana mereka masih hidup, jangan sampai jadi macam saya baru menyesal, tak guna. Selalu minta maaf, jaga hati dan jaga mereka sebaik mungkin.

Okay, mata dah basah, need to go, lagi banyak tulis, lagi sakan mata ni, bye! Be yourself, keep smiling, XOXO!

SPECIAL FOR YOU GUYS!
Saturday, April 12, 2014 | 1 Possible[s]
Assalamualaikum, Salam 1Komander, Salam 1UiTM, Salam 1Malaysia.

Slamat pagi, good morning, zao shang hao, sobahan khoir. Okay saya post ni masih pagi walaupun lagi berapa minit nak ke tengah hari. Actually post kali ni istimewa saya tujukan khas buat rakan-rakan seperjuangan dalam family tarantula yang akan berpindah ke UiTM Seremban 3,Negeri Sembilan. Sangat sedih dan sebak bila ingat balik. Siri kami daripada 36 orang tinggal la 31 orang. 5 orang daripada kami yang akan berpindah.

       Wawa, nama panggilan, nickname, gelaran dia, sangat rapat dengan saya, nama penuh dia SITI AKMAL SALWA BINTI ABDULLAH. Kecil-kecil cili padi, semua benda dia boleh buat, daripada makan, tidoq sampailah ke kawad, silat semua dia tau, sangat berbakat dan aktif bersukan. Masa LIBK dia dapat anugerah akademik memandangkan pencapaian masa ujian bertulis LIBK dia terbaik. Muka comei, sapa tengok mesti tertarik ppunya lah, sangat petah berccakap, pot pet pot pet ja kerja dia, Dia asal Kelantan, sebab tu la comel, ore kelate comei sokmo, ehh, haha! Dia sangat happy go lucky, berkawan dengan dia mesti tak sunyi, haha! I'll miss you badly, wawa!


ha nindia, nilah SITI AKMAL SALWA, a.k.a WAWA


       Ain, nama yang saya, kami, family tarantula panggil kat dia. Nama penuh dia AIN FARISHA BINTI AHMAD NAWAWI . Orangnya jugak kecik molek, comei ja sekali pandang, berbakat jugak dalam bidang kawad ni, masa LIBK dia dapat anugerah kawad kaki terbaik kampus UiTM Kedah. So, no wonder lah bila pi Seremban 3 nanti dia akan aktif jugak. Saya kenai dia pun start masuk komander ni lah, dapat kawan dengan dia even satu sem pun dah cukup bagi saya seribu satu kenangan yang takboleh dilupakan.


Ni lah sekecik molek Ain Farisha.

         Amani. Orangnya tinggi lampai putih gebu senyum manis semua ada lah, AMANI HANINA BINTI ABDUL RAHMAN. Pendiam sikit daripada saya yang mulut hingaq ni, asyik kilik buku ja kemana dia pi, buku omputeh pulak tu, style suka membaca. Ramai jugak minat kat dia, hihi, tapi tak dilayan. Haha! Kuat semangat orangnya, ingat lagi waktu LIBK, kaki dia dah melecet teruk pun still nak teruskan belajaq kawad dan buat aktiviti lain macam pelatih-pelatih lain. Tak macam sesetengah, sakit sikit dah teqiyak melalak satu kampus tau, okay ni random okay, tak tuju kat sesapa pun. Haha! Cuma nak bagitau yang Amani seorang yang jiwa sado! Haha, Sorry Amani, gurau manja. Melalui pemerhatian saya, dia kalau buat sesuatu kerja sangat bersungguh-sungguh, tak mengomel sana-sini, just buat ikut arahan, saya yakin bila pi Seremmban 3 nanti dia akan jadi seorang Komander zon Selatan yang jiwa kental dan rajin buat kerja!


Amani si tinggi lampai anggun semu bagi kat dia. Hihi ^^

      Izati Satria, ramai panggil dia macam ni, sebab ada dua izati, so kat dia kena panggil sekali nama pak dia. NUR IZATI BINTI SATRIA. Senyumannya manis, cantik ja tengok, orangnya aktif, pi mana-mana ada ja nama dia. Saya start kenal dia pun masa kat LIBK lah, masa tu baru lagi, so naik satu bas pun tak berapa nak kenai sangat, tapi sekarang, semua dah kenai, dengan dia pun pernah duduk melepak tengah malam bergosip sekali even tak rapat sangat. Kira dah satu family, memang kena rapatlah, hee, apa-apa pun, all the best there, Zati, jangan lupa kami disini, teruskan bawak nama komander UiTM walaupun kita dah jauh.


nindia, gadis KL, hihi ^^

     And the last one, seorang kakak,, senior sikit daripada saya, Kak Ikin. Hee, tua setahun ja dari saya, NURHASYIKIN BINTI AB RAHAMAN.  haaa, kak ikin seorang yang agak matang, suka ja dia nasihat macam2, bak kata oqg kedah beletiaq! haha! Maaf kak ikin, lawak ja, tapi kak ikin memang best, time buat kerja serious ja dia, buat ikut arahan, time melawak, ada ja idea lawak dia nak ajak kami gelak sama-sama, kak ikin jangan teqiyak tau kalau baca post ni, jangan rindu kami, teringat boleh. Kalau banyak duit, dah kaya kat Seremban nu, mai la melawat orang kedah ni, haha!


Abaikan anasir-anasir lain kat tepi dan belakang tu, kak ikin yang sebelah comel-comel chubby chubby tu yang ada lesung pipit tu, hee ^^


    You guys, kalau hampa baca post  ni, memang la ayat tak sedih, tapi sebenarnya hati yang tengah taip ni tersangatlah sedih, tapi apakan daya, pertemuan kita perpisahan kita, siapa boleh jangka kan, setiap peremuan ada perpisahannya, ini baru perpisahan jarak, kalau perpisahan mati, lagi siapa tak duga, anytime anywhere kita boleh kembali kepada-Nya. Allah, may You ease them wherever they go. Badly, I'll miss them a lot and I do love them much! Wawa, Ain, Amani, Zati, Kak Ikin, this post special for you guys, don;t you dare to forget all about us here. WE ARE TARANTULA FAMILY! Kita dah sama-sama susah payah waktu LIBK dulu, jangan senang-senang lupakan kami kat sini tau! Dah jadi orang Seremban tu jangan nak lupa daratan sangat! Okay ni amaran keras! 
       And one more thing, saya nak wakilkan semua nak minta maaf dari hujung tudung ke hujung tapak kasut, dari hujung rambut ke hujung jari kaki, dari segala hujung ke hujung lah konklusinya kalau ada terkasaq tersalah cakap terbeletiaq over-over tersegala ter yang boleh mengguris perasaan. Well, manusian ni tak lari dari kesilapan, right? Tambah yang banyak cakap macam saya ni, mesti lagi banyak tersalah cakap, okay lepaih ni diam. Haha! Yang aktif teruskan aktif, yang jiwa tak berapa nak sado tu bagi sado sikit, keep it up guys, doakn kami kat sini, ada masa ada jodoh ada kelapangan kita jumpa lagi, tau! Sekali lagi, terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya, sudi ceriakan hari-hari saya, dan saya sangat hargai pertemuan kita yang tak seberapa lama tapi dah jadi satu family ni, In Sha Allah, kita berjumpa lagi !


dari kiri : zati, ain, amani, kak ikin dan wawa.
psstt : yang belakang tu cik puan Anis kami ^^


          Be yourself, keep smiling! XOXO!



semester break starting!
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia !

hai gais, long time no post right? haha, sorry, a little bit busy. Saja nak bagitau yang semester break dah start! Thats mean final exam dah habis! Sebenarnya dah dua hari saya balik sempena cuti ni, tapi tak sempat pulak nak post kat blog. Hee, suka sangat bila lepak ja kat rumah, tapi kadang-kadang boring jugak, menghadap si Lappy kesayangan jelah jawabnya. Actually saya balik ni untuk seminggu ja, Jumaat ni 18 April dah kena balik ke uitm tersayang dah, ada event besaq Komander UiTM seluuruh Malaysia, KKEC. Komander Kesatria Endurance Challenge. So saya sebagai urusetia KKEC ni terpaksa lah pi awai sikit, bukan sikit, pi awai banyak. Event tu start 26 April, 8 hari awai kami urusetia kena pi dah. Hee, btw saya biro multimedia ja, ok saja nak habaq. Haha!

     Okay, setakat ni dulu gais, see you later! Be yoursef and keep smiling. XOXO!

Spring
Wednesday, April 9, 2014 | 0 Possible[s]

Assalamualaikum, Salam 1UiTM, Salam 1Malaysia

Malam ni dapat pulak satu idea nak post pasal musim bunga dekat UiTM Merbok ni. Setelah Allah datangkan musim kemarau yang berpanjangan, akhirnya Allah turunkan nikmat yang sangat tak siapa sangka. Dah rasa macam duk luar negara kalau tengok pic kat bawah ni nanti. Saya pun tak sangka kat UiTM Merbok ada semua ni, dah top sampai ada yang berphotografi tak terkecualilah diri saya, hehe. Tapi saya ambik gambar bunga ja, tak sempat pulak nak ambik gambar sendiri dekat pokok-pokok tu, hee.



Di sini bermula perjalananku.....

 

Pokok-pokok dan bunga-bunga segar di sekeliling kawasan UiTM Merbok, Kedah.



Guguran dedaun dan bebunga. Subhanallah, indahnya.

 Disebalik kemarau panjang, ni yang Allah nak bagi kat kita, berkat kesabaran, doa dan sebagainya. Walaupun Malaysia takda empat musim, tapi boleh jugak rasa musim bunga dan musim luruh. Tak sangka sebenarnya lepas musim kemarau tu, hujan dua tiga hari, bunga terus berkembang, nampak tak bukan manusia ja dahagakan hujan, bunga dan pokok pun dahagakan rahmat Allah yang satu ni. Hujan.

      So, guys, saya dah mengantuk la. Setakat ni saja, goodnight. Be positive and keep smiling, guys. XOXO!


Newer Post
Older Post