Nothing is Impossible


I'm The Sweet Owner

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me

: Your Facebook
: Your Twitter
: Your Instagram
: Your Blog

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
LIBK Zon Utara 2013
Thursday, April 3, 2014 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum, salam Jumaat penghulu segala hari, Salam 1Malaysia. Selamat tengah hari you alls. Tiba-tiba rasa tengah hari dengan perut tengah lapaq ni ada pulak idea nak update blog kesayangan ni.
        Actually kan, saya ni bukan ja student biasa kat UiTM ni, saya ni seorang Komander Kesatria kat sini, tapi baru ja dapat pangkat, padan la, baru semester dua. Sebelum jadi komander ni, saya dengan rakan seperjuangan yang lain kena join LIBK selama dua minggu, lama jugak ni. Okay LIBK ni stand for Latihan Intensif Bakal Komander. Kali ni LIBK tahun 2013 diadakan di UiTM Seri Iskandar, Perak. Selama dua minggu kat sana ada proses membakar muka disamping menguruskan badan, hee.
        Boleh bayangkan tak semua benda kami buat dalam masa lima minit, makan lima minit, mandi lima minit, tukaq baju lima minit, nasib tidoq dengan solat lebih lima minit. Saya sendiri tak sangka saya boleh lalui semua benda ni selama dua minggu. Rasa satu pengorbanan yang tak semua orang boleh lalui dengan jayanya. Tapi berkat kesabaran, Alhamdulillah saya dah berjaya pegang jawan Komander Rendah Muda (KRM) di UiTM Kedah ni. Berat tanggungjawab yang dipikul ni. Orang tengok dan tanya, apa la yang best jadi komander ni, setakat dapat elaun dengan duk kolej cantik yang tingkat empat tu? YES, memang penat lelah tak berbalas tapi kepuasan bila berjaya capai apa yang kita impikan, tu yang sangat memberi makna. Ada yang masuk sebab pakwe/makwe, ada yang masuk sebab kawan, tapi saya masuk memang betul ni minat saya. Saya minat kawad dari darjah empat, kenapa perlu saya tinggalkan bakat yang saya ada bila masuk universiti, tak salah kalau saya teruskan. Saya minat aktiviti lasak, dengan komander lah saya boleh teruskan minat saya ni. Selain teruskan apa yang saya minat, melalui komander ni la jugak saya kenai ramai kawan-kawan, macam-macam ragam tau, haha. okay sapa nak tengok apa jadi lepas proses pembakaran muka ni tengok lah pic kat bawah ni, saya sendiri tak percaya !


Majlis Pemakaian Pangkat vs Majlis Tamat Latihan Intensif Bakal Komander


Majlis Pemakaian Pangkat Timbalan Rektor HEP & Komander Kesatria UiTM Kedah Siri 12
29 Januari 2014


Hari Tamat Latihan LIBK di UiTM Seri Iskandar, Perak
(sila cari sendiri yang mana satu saya, mesti tak jumpa!)

      Okay ni saja post saya untuk kali ni, moga terhibur. Just be yourself and keep smiling :)